Tuesday 16 December 2014

Kenapa Perlu Ambil Supplement?


Pencemaran alam sekitar
Sedarkah kita yang pencemaran alam sekitar begitu menekan tubuh badan kita? Contoh, air yg kita guna belum selamat 100% seperti air mata air di pergunungan. Air paip kita melalui corong paip yg berkarat dan penuh bakteria dan kuman. Jika kita memasak air, kita bukan saja mematikan kuman malah segala mineral yang diperlukan oleh badan.

Udara disekeliling kita juga tercemar. Walaupun tidak berjerebu, tetapi partikel halus buangan ekzos kenderaan dan industri berlegar-legar disekeliling kita ditambah lagi dengan bakteria dan mikrob yg sememangnya sering berterbangan di udara. Sebab itu kita mudah dapat sakit.

Buah-buahan dan sayuran tercemar
Kebanyakan buah-buahan dan sayur sayuran yang kita beli baik di pasar atau di pasaraya selalunya datang berpakej sekali dengan racun2 seperti pestisid, herbisid. Itu belum masuk jika buah dan sayur itu GMO, yg mana sekarang produk GMO sangat banyak di pasaran. GMO bermaksud mereka telah menyuntik hormon untuk mempercepatkan pengeluaran hasil. Sebab itu, buah yg sepatutnya keluar setahun sekali kini boleh di dapati pada bila-bila masa pun.

Amalan gaya hidup tak sihat
Gaya hidup tak sihat bermaksud kita tidak bersenam (at least 3 kali seminggu), merokok, minum arak, makan makanan tak seimbang dengan lebihan lemak, garam dan gula. Kita juga mungkin stress dengan pekerjaan dan aktiviti seharian. Ini bukan saja mempercepatkan penuaan malah mempercepatkan penyakit menyinggah.

Makan ikut selera
Ini tabiat orang Malaysia dan mana-mana orang pun. Makanan segera, makanan sejuk beku, makanan di proses, dan makanan yang penuh bahan kimia seperti MSG, pemanis tiruan, pengawet, perasa dan sebagainya lagi.

Cara memasak juga menyebabkan nutrien dalam makanan hilang begitu sahaja. Cara masak kita yang balik2 goreng, rebus, menghilangkan hampir keseluruhan nutrien penting. Kita akhirnya sekadar makan untuk menghilangkan lapar.

Gangguan penyerapan nutrisi
Cara makan yang tidak betul juga menyebabkan gangguan dalam penyerapan vitamin dan mineral penting untuk tubuh. Contoh, kita minum susu, tapi kita minum kafein. Kita makan vitamin C tapi kita merokok. Kita makan zat besi, tapi kita minum susu. Apa khasiat yang tinggal dalam makanan kita? Apa je nutrien yang sampai ke dalam badan kita?

Badan perlu lebih dos bagi sesetengah nutrien
Tubuh kita sebenarnya memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien. Contoh, ibu menyusu perlu lebih kalsium berbanding ibu tidak menyusu. Perokok memerlukan hinggan 5000mg vitamin C sebab merokok menurunkan kadar vitamin C dengan cepat. Ibu mengandung pula perlukan nutrien lebih daripada yang lain. Orang yang sakit sudah tentu memerlukan lebih banyak nutrien yang penting yang mana dia sakit disebabkan kekurangan nutrien tertentu
 
Ingat! makanan tambahan bukan menggantikan makanan seharian kita, tetapi ia menambah nilai nutrisi dalam makanan kita. Sebab itu kita perlu yang semulajadi supaya lebih mudah diserap oleh tubuh badan kita.

Tahukah anda?
Berjuta-juta pesakit di hospital diseluruh dunia mendapat penyakit yang puncanya berasal daripada diet dan pemakanan?

Cegah sebelum terlambat, Amalkan pemakanan sihat dan seimbang, jangan jadi mangsa statistik penyakit akibat pemakanan!
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Questions On Training? Nutrition? Awesomeness?

Name

Email *

Message *