Thursday 9 April 2015

Senaman lunges dan squats

Salam jumaat yang penuh barakah.

Ok harini saya nak buat perkongsian, memandangkan ada student saya yang tanya selepas dia buat squats lutot berbunyi-bunyi adakah ia normal? Biasanya jika posture badan, impak berat badan atau teknik yang salah, akan mengakibatkan lutot kita sakit, kerana beban badan kita berdiri bukan pada otot tapi pada tulang atau sendi kita. 

Jadi saya nak cadangkan dulu ketika saya obes saya selalu gunakan teknik ni. Semuanya menggunakan wall support. Tak kira apa jenis support antaranya wall, exercise ball, atau tali, ressistant band atau trx (alat senaman functional) .

Ni contoh gmbar wall lunges dan wall squats.

Contoh Senaman Wall Squats
Biasanya senaman ni kita akan ulang mengikut masa. Contohnya buat wall squats untuk 30 saat hold, dan 30 saat rest. Kemudian ulang senaman ini sehingga 5-6 sets. Jika anda nak pergi ke tahap seterusnya hanya tingkat masa untuk hold 45saat - 60saat dan pendekkan masa untuk rest kepada 15 saat. Ini bagus kerana lutot tidak mengalami beban berat badan. Badan hanya relax dan sandarkan kepada wall. hanya fokus kepada bahagian hips dan gluteus (punggung).

Contoh Senaman Wall Lunges

Pastikan anda memegang wall di bahagian tepi, dan buat senaman ini sama seperti wall squats. Bermula dengan hold 30 saat dan 30 saat rest, ulang sehingga 5-6 sets. Pastikan kaki anda bengkok seperti kaki kerusi. Dan fokus kepada peha yang di depan bukan di belakang, Tumpukan muscle tension pada peha kaki depan dan imbang badan anda menggunakan tangan. Pastikan dada dan mata menghadap ke depan. Dan kaki belakang bertahan pada dinding.

Semoga berjaya!



No comments:

Post a Comment

Questions On Training? Nutrition? Awesomeness?

Name

Email *

Message *