Monday 24 November 2014

BMR @ Basal Metabolic Rate & DCR @ Daily Calorie Requirement

BMR @ Basal Metabolic Rate

BMR ini merupakan jumlah kalori minimum yang diperlukan oleh badan kita untuk hidup.BMR adalah berbeza bagi setiap individu ini kerana BMR seseorang bergantung kepada berat,tinggi dan juga umur seseorang.

Cara pengiraan BMR juga adalah berbeza bagi Perempuan dan juga Lelaki.

Cara kira BMR bagi Perempuan:-

655 + (9.6 x berat dalam kg) +(1.8 x tinggi dalam cm - (4.7 x umur dalam tahun )

Cara kira BMR bagi Lelaki :-

66 + (13.7 x berat dalam kg ) + ( 5 x tinggi dalam cm ) - ( 6.8 x umur dalam tahun )

Contoh pengiraan BMR:-

Jantina : Perempuan
Berat : 55 kg
Tinggi : 155 cm
Umur : 29 tahun

Cara pengiraannya :-

= 655 + ( 9.6 x 55 ) + (1.8 x 155) - (4.7 x 29 )
= 655 + 528 + 279 - 136.3
= 1325.7 kalori

Kira Daily Calorie Requirement @ DCR

Selepas dapat BMR kita perlu pula cari Daily Calorie Requirement @ DCR. Beza BMR dan DCR adalah BMR adalah jumlah makanan/kolari yang diperlukan badan kita mengikut ketinggian dan berat manakala bagi DCR pula adalah jumlah kalori harian bergantung kepada aktiviti dan keaktifan kita sepanjang hari.Cara mengira DCR adalah dengan mendarabkan jumlah BMR tadi dengan unit keaktifan kita.

~ BMR x 1.2 ( kurang atau tiada senaman , kerja dimeja)

~ BMR x 1.375 (   senaman ringan/bersukan 1-3 hari/minggu)

~ BMR x 1.55 ( senaman sederhana / bersukan 3-5 hari / minggu )

~ BMR x 1.725 ( senaman berat / bersukan 6-7 hari / minggu )

~ BMR x 1.9 ( senaman berat setiap hari / bersukan dan latihan fizikal atau 2x sehari seperti pelumba marathon)

Contoh pengiraan DCR. Tadi dikira BMR ialah 1325.7 kalori dan saya tidak atau kurang melakukan senaman hanya kerja dimeja jadi pengiraan DCR saya ialah :-

BMR x 1.2 ( kurang atau tiada senaman , kerja di meja)

1325.7 x 1.2 
1591 kalori ( nilai DCR saya )

No comments:

Post a Comment

Questions On Training? Nutrition? Awesomeness?

Name

Email *

Message *