Thursday 20 November 2014

Cara Kira Kalori

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Tubuh kita memerlukan kalori untuk menjana tenaga. Tetapi jika kalori diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan.

(Gambar sekadar hiasan)

Ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan jika dibiarkan berpanjangan boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan.

Kebanyakkan produk makanan yang terdapat di pasaran memaparkan maklumat berkaitan kandungan nutrisi dan kalori pada bungkusannya yang biasanya diletak di bawah tajuk 'maklumat pemakanan' (Nutrition Facts).

Nutrition Facts

Secara asasnya, jumlah kandungan kalori dalam makanan juga boleh ditentukan dengan mendarab berat dalam "gram" nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

LEMAK: Setiap gram didarab dengan 9kcal bagi setiap gram.

KARBOHIDRAT: Setiap gram didarab dengan 4kcal bagi setiap gram.

PROTEIN: Setiap gram didarab dengan 4kcal bagi setiap gram.

Sebagai contoh, sekeping roti mengandungi 0.8 gram lemak, 12.3 gram karbohidrat dan 2.3 gram protein. Maka, contoh pengiraan kalori berdasarkan formula di atas memberikan jumlah kalori sekeping roti :-

Lemak --> 0.8 x 9 = 7.2 kalori

Karbohidrat --> 12.3 x 4 = 49.2 kalori

Protein --> 2.3 x 4 = 9.2 kalori

Jadi, 7.2 + 49.2 + 9.2 = 65.6 atau 66 kalori

Cara Mengira Kalori Keperluan Harian bagi Seseorang yang Ingin Menurunkan Berat Badan:

Secara purata, jumlah kalori diperlukan oleh seorang lelaki dan wanita dewasa di Malaysia dalam sehari ialah:

Sebagai contoh, untuk menurunkan berat sebanyak 3 kg dalam sebulan (30 hari), anda diperlukan membakar 24,000 kalori yang terkumpul sebagai lemak berlebihan dalam tubuh anda. Merujuk kepada pengiraan dibawah, 800 kalori perlu dibakar setiap hari (dalam jangka masa sebulan) dari berat berlebihan tubuh anda.



Jadi, untuk menurunkan berat badan sebanyak 3 kg dalam 30 hari, jumlah pengambilan kalori purata dalam sehari bagi seseorang lelaki dan wanita perlu dikurangkan ke tahap yang berikut:



*2,250 = Adalah kadar BMR umum bagi lelaki (Setiap individu mungkin berbeza, dan saya akan ceritakan di topik BMR kemudian)
*1,800 - Adalah kadar BMR umum bagi wanita (Setiap individu mungkin berbeza, dan saya akan ceritakan di topik BMR kemudian)


Apa akan berlaku jika seseorang itu makan atau mengambil kalori melebihi dari keperluan harian yang sepatutnya?



Setiap 8,000 kalori yang terkumpul dan tidak ditukarkan kepada tenaga (tidak dibakar) akan menambah 1 kilogram berat badan



1 comment:

  1. Really good and useful tips
    Looking forward more
    Good work and keep it coach, Firdaus����

    ReplyDelete

Questions On Training? Nutrition? Awesomeness?

Name

Email *

Message *